me

me

Tuesday, August 17, 2010

semua sila berhati2 dengan pencuri dan perompak di bulan ramadhan

please semua orang be alert with your stuff. we have to remember now bulan puasa,
tak sampai sebulan lagi nak raya. pencuri2 semua nak pakai cantik2, nak beli perabot baru,
nak beli kuih raya 18 jenis, tapi taknak kerja.
so, dorang akan mencuri. so stupid. very stupid.
thus, hence, so jadi untuk mengelak dari menjadi mangsa golongan bodoh ini, sila:


1) make sure you lock your door all the time. at night, kunci banyak2. kunci pintu kayu, kunci grill, kunci mangga, kunci dengan rantai besi, bubuh benda alah yang kena ada access code baru boleh masuk, and any possible lock ever created on earth. leceh la nak kunci pun amik masa setengah jam before tido....
eh jangan cakap camtu, nanti kalau dorang curi laptop awak, baru awak menyesal. macam mane nak online?


2) jaga personal things, macam handphone, camera, kunci rumah, kunci kereta. kena be alert sangat2. lagi satu, sila jangan letak key chain yang bertulis plet kereta pada kunci kereta anda. ibarat macam nak bagitau pencuri pulak. sila jangan goda mereka untuk curi, ok?. memory card pun jaga, jgn letak merata..
sayang gambar2 kenangan hidup semua. gambar2 time muka tengah licin n wrinkle free. jangan bagi hilangg..


3) avoid tinggal sorang2 or jalan sorang2. bahaya. tapi jangan berdua-duaan dengan yang berlainan jantina pulak! saya tak nasihat camtu okay.. just avoid being alone selagi boleh..
jangan jalan kat lorong2 belakang (kenapa tah nak lalu tempat sunyi camtu.. macam kat cte kamelia katrina, pastu handbag kena ragut dengan orang uncle kahar.. duh).
kalau sorang, jadi vulnerable.. 


4) handbag tolong la jaga. kalau berjalan kaki ke apa, silangkan kat badan k, supaya tak memanggil2 si peragut bermotosikal untuk ragut beg berkenaan. jangan bawak banyak sangat cash dalam handbag. duit sewa rumah, kereta, bil ke apa, bayar cepat2 lepas dapat duit dari gaji/elaun/ptptn/jpa/boyfriend. kalau tangguh2, nanti terhilang, menyesal.. lagipun, kadang2 boleh terhilang ke shopping mall (kalau awak shopaholic). dah la dlm handbag ada macam2, yang tak terfikir pun boleh ada. macam kepit kuku, payung boleh lipat, gambar time baby, roti coklat, air milo kotak, snickers tak habis makan, slipper spare(in case high heel yang dipakai menyakitkan kaki), tuala kecik, hair band, magazine cleo, perfume, pembaris panjang n calculator untuk student account/kire diskaun.. sedih tu kalau hilang..


5) jangan tinggal handbag/laptop dalam kereta secara terdedah. (especially kalau tak tinted cermin).
letak pulak atas seat. pencuri yang lalu lalang pasti berasa seperti ingin mengambilnya.
dorang boleh pecah cermin, curi barang n blah sepantas kilat. siapa yang rugi? orang yang tinggal barang dalam kereta tu la. barang hilang, pastu kena ganti cermin lagi, rugi duit. kalau tak, boleh gi jakel seksyen 7 beli karpet. tengah sale gila2..


6) jangan tulis number pin untuk kad bank or maybank2u ke ape. tak ke haru if ada orang jumpa. nak pulak tulis atas kertas kecik, letak dalam dompet, sebelah kad bank! terjejas keselamatan duit anda. hafal la pin tu, 6 number je.. n jangan guna digit birthday, orang boleh teka. duit banyak2, jangan biar dalam bank macam maybank, bank islam, cimb smua tu. bukalah ASB n bubuh dalam tu. ASB xde kad, ada buku je. nak keluar duit, kena gi bank, isi borang, bagi ic. xleh cucuk kat atm. kan secure tu? lagipun ASB ada dividen lebih kurang 8% per annum. untung tu..


7) lain kali sambung k. ngantuk dah. kepada semua, take care. jaga keselamatan diri, barang, rumah, yang tersayang dll.. jangan cuai k. sebelum tido, cek pintu dah kunci belum. n sebelum tinggal kereta kat parking, cek dah kunci blum. n jangan biar pintu tak berkunci, tak kira la rumah ke, ofis ke.. take care all.


8) jom ramai2 berdoa agar segala barang yang dicuri/dirompak akan dijumpai semula oleh tuan punya barang. semoga pencuri semua insaf. semoga kita n barang2 kita selamat. amin.

No comments:

Post a Comment